Usahasama Worldwide

Unit Trust Management Company

Unit Trust Management Company (UTMC) atau lebih dikenali sebagai Syarikat Pengurusan Unit Amanah ini merupakan sebuah organisasi yang terlibat dalam mengendalikan urusan pelaburan bagi pelabur yang melabur dana pilihan mereka dengan konsep Skim Pelaburan Kolektif atau unit trust.

Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia / Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM), Unit trust atau unit amanah adalah pengumpulan wang dengan objektif yang sama untuk melabur di dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang akan diuruskan oleh golongan profesional pelaburan. 

Apa Yang Unit Trust Management Company Buat?

Unit Trust Management Company yang terdiri daripada mereka yang mahir dalam bidang pelaburan akan mengelolakan wang-wang yang dilaburkan dengan cara yang betul mengikut prosedur organisasi.

Antara Peranan Unit Trust Management Company adalah melaburkan duit pelabur ke dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti bond, sekuriti ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia serta pasaran saham di luar negara.

Unit Trust Management Company dikawal selia oleh beberapa pihak seperti Juruaudit, Kementerian Kewangan, Pemegang Amanah, FMUTM dan mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) serta terikat kepada beberapa akta perundangan. Ia dikawal rapi dan dijamin selamat. Oleh itu, pelabur tak perlu risau akan wang yang telah mereka laburkan.

Contoh Unit Trust Management Company

Terdapat banyak Unit Trust Management Company yang terdapat di Malaysia. Senarai Unit Trust Management Company yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti adalah seperti berikut:

1. Aberdeen Islamic Asset Management Sdn Bhd
2. Affin Hwang Asset Management Berhad
3. AIIMAN Asset Management Sdn Bhd
4. Amanah Saham Nasional Berhad
5. Amanah Saham Sarawak Berhad
6. Amanah Raya Investment Management Sdn Bhd
7. AMFunds Management Berhad
8. Apex Investment Services Berhad
9. ARECA Capital Sdn Bhd
10. BIMB Investment Management Berhad
11. CIMB-Principal Asset Management Berhad
12. Eastspring Investments Berhad
13. Franklin Templeton GSC Asset Management Sdn Bhd
14. Hong Leong Asset Management Berhad
15. Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd
16. KAF Investment Funds Berhad
17. Kedah Islamic Asset Management Berhad
18. Kenanga Investors Berhad
19. Libra Invest Berhad
20. Manulife Asset Management Services Berhad
21. Maybank Asset Management Sdn Bhd
22. MIDF Amanah Asset Management Berhad
23. OPUS Asset Management Sdn Bhd
24. Pacific Mutual Fund Berhad
25. Pengurusan Kumipa Berhad
26. Permodalan BSN Berhad
27. PHEIM Unit Trusts Berhad
28. Phillip Mutual Berhad
29. PMB Investment Berhad
30. PTB Unit Trust Berhad
31. Public Mutual Berhad
32. RHB Asset Management Sdn Bhd
33. RHB Islamic International Asset Management Berhad
34. Saham Sabah Berhad
35. Saturna Sdn Bhd
36. TA Investment Management Berhad
37. UOB Asset Management (Malaysia) Berhad

Oleh yang demikian, jelas itulah Unit Trust Management Company, contoh dan peranannya dalam sebuah industri pelaburan yang perlu anda tahu. Dengan adanya Unit Trust Management Company, wang yang dilabur akan berganda dan mendapat pulangan keuntungan.

Kredit kepada Majalah Labur ditulis seperti pautan berikut Unit Trust Management Company Dan Contohnya – Majalah Labur









Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Leadership dalam Bisnes?

Seperti yang kita tahu, leaders atau pemimpin adalah golongan terpenting dalam struktur sosial masyarakat kita…Tanpa pemimpin, urusan2 dalam kerajaan atau syarikat akan menjadi tidak terurus…Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apakah makna pemimpin itu sendiri?..Kebiasaannya, orang-orang yang mempunyai jawatanlah yang kebanyakan orang akan anggap sebagai pemimpin. Betul. Tetapi, makna leadership itu sebenarnya luas. Leadership

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) merupakan satu skim caruman jangka panjang sukarela yang diwujudkan bagi membantu individu untuk mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan. Skim ini adalah skim yang melengkapi dan menyerupai skim caruman wajib KWSP. Dengan erti kata lain, kewujudan skim ini membolehkan individu untuk menyimpan lebih daripada apa yang ditawarkan oleh KWSP.

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana jenis pelaburan, pelabur yang bijak perlu menjalankan kaji selidik terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko kerugian. Unit amanah adalah antara instrumen pelaburan yang popular di Malaysia. Terdapat beratus- ratus dana yang ditawarkan oleh bank pelaburan tempatan tetapi mana satu yang sesuai dengan anda? Bagi membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada

Lima Rahsia Mengapa Millenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, namun jika tidak melabur, ia akan menjadi satu perkara yang merugikan. Salah satu bentuk pelaburan yang ada adalah dalam bentuk Unit Amanah (Unit Trust). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan millenial patut melabur dalam Unit Amanah. A. Tidak Perlu Jadi Pakar Anda tidak perlu menjadi pakar

Scroll to Top