Usahasama Worldwide

Unit Trust dan Lima Kelebihannya

Unit Trust ialah unit amanah atau amanah saham, dan amanah saham yang paling popular di Malaysia ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB). Selain daripada ASB dan dana-dana yang dikawal selia oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) terdapat beratus lagi dana-dana Unit Trust yang dikawal selia oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah.

Secara asasnya, para pelabur akan melabur sejumlah wang yang kemudiannya akan dikumpul ke dalam satu dana pelaburan. Dana pelaburan ini akan diuruskan oleh Pengurus Dana yang profesional dan berpengalaman. Dana dari para pelabur ini akan dilaburkan ke dalam secara kolektif / bersama untuk mendapatkan pulangan di mana setiap dana yang diuruskan mempunyai kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Kriteria ini penting bagi memastikan para pelabur tahu ke mana wang mereka dilaburkan.

Dana yang lebih agresif akan lebih banyak dilaburkan ke dalam saham atau ekuiti, manakala dana yang lebih selamat akan dilaburkan ke dalam pasaran wang dan sukuk. Demikian adalah sedikit sebanyak pengenalan mengenai Unit Amanah.

Berikut adalah kelebihan melabur di dalam Unit Amanah:

1. Modal Permulaan Yang Rendah

Kebanyakan dana unit amanah membenarkan pelabur untuk melabur dengan permulaan yang rendah. Pelabur boleh mula melabur ke dalam unit amanah dengan modal permulaan serendah RM 1,000 sahaja. Hal ini tidak menjadi masalah buat unit amanah kerana pengurus dana akan menguruskan modal pelaburan daripada ramai pelabur.

2. Kepelbagaian Portfolio

Para pelabur boleh menggunakan strategi untuk melabur ke dalam pelbagai portfolio pelaburan di mana cara ini dapat menguruskan risiko pelaburan dengan lebih baik. Konsep ini adalah selari dengan konsep ‘Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul yang sama’.

3. Kecairan Pelaburan

Kecairan pelaburan merujuk kepada kebolehan sesuatu pelaburan itu untuk ditukar menjadi wang tunai. Pelaburan yang sukar atau lambat untuk ditukar menjadi wang tunai lebih berisiko untuk mengalami kerugian. Sebagai contoh, sekiranya anda terlibat dalam pelaburan hartanah, rumah yang anda miliki merupakan kategori aset pelaburan jangka panjang.

Ini bermakna sekiranya anda tidak mendapat pulangan yang diharapkan, rumah itu sukar atau lambat untuk dijual dan ditukar menjadi wang tunai dan anda mungkin terpaksa menanggung lebih kerugian dari masa lama yang terluang untuk menjual aset rumah. Pelaburan dalam unit amanah mempunyai kadar kecairan yang baik. Ini bermakna sekiranya pulangan tidak seperti yang diharapkan, pelaburan unit amanah boleh segera ditukar menjadi wang tunai dan kemudian boleh digunakan untuk pelaburan yang lain.

4. Pengurusan yang Professional

Dana pelaburan unit amanah akan diuruskan oleh pengurus dana yang berlesen, profesional dan berpengalaman luas. Ini sangat penting supaya setiap keputusan yang dibuat berpegang kepada prinsip pelaburan yang akan menguntungkan para pelabur.

5. Akses kepada Pasaran

Unit Amanah memberikan akses kepada pasaran dalam dan luar negara. Ada syarikat pengurusan unit amanah yang menawarkan dana pelaburan unit amanah yang fokus kepada pelaburan ekuiti di China, Asia Pasifik dan lain-lain lagi.

Selain itu, pelabur boleh memilih dana pelaburan berdasarkan kelas aset bergantung kepada profil risiko masing-masing. Antara yang ditawarkan ialan pasaran wang, ekuiti, sukuk dan bon.

Kredit kepada Majalah Labur: Artikel telah ditulis oleh Mohd Arif Irfan seorang juruaudit di pautan berikut – Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Unit Trust Dan 5 Kelebihan Unit Trust – Majalah Labur

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Leadership dalam Bisnes?

Seperti yang kita tahu, leaders atau pemimpin adalah golongan terpenting dalam struktur sosial masyarakat kita…Tanpa pemimpin, urusan2 dalam kerajaan atau syarikat akan menjadi tidak terurus…Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apakah makna pemimpin itu sendiri?..Kebiasaannya, orang-orang yang mempunyai jawatanlah yang kebanyakan orang akan anggap sebagai pemimpin. Betul. Tetapi, makna leadership itu sebenarnya luas. Leadership

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) merupakan satu skim caruman jangka panjang sukarela yang diwujudkan bagi membantu individu untuk mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan. Skim ini adalah skim yang melengkapi dan menyerupai skim caruman wajib KWSP. Dengan erti kata lain, kewujudan skim ini membolehkan individu untuk menyimpan lebih daripada apa yang ditawarkan oleh KWSP.

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana jenis pelaburan, pelabur yang bijak perlu menjalankan kaji selidik terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko kerugian. Unit amanah adalah antara instrumen pelaburan yang popular di Malaysia. Terdapat beratus- ratus dana yang ditawarkan oleh bank pelaburan tempatan tetapi mana satu yang sesuai dengan anda? Bagi membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada

Lima Rahsia Mengapa Millenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, namun jika tidak melabur, ia akan menjadi satu perkara yang merugikan. Salah satu bentuk pelaburan yang ada adalah dalam bentuk Unit Amanah (Unit Trust). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan millenial patut melabur dalam Unit Amanah. A. Tidak Perlu Jadi Pakar Anda tidak perlu menjadi pakar

Scroll to Top