Usahasama Worldwide

Tiga Kaedah Pelaburan Dalam Unit Trust

Pelaburan di dalam Unit Trust atau Unit Amanah adalah di antara medium pelaburan yang popular di Malaysia selain daripada pelaburan hartanah, saham dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Berikut adalah tiga kaedah pelaburan dalam Unit Trust yang dapat dilakukan:

Kaedah pelaburan di dalam Unit Trust melalui tiga kaedah iaitu:

A. Pelaburan secara lump-sum
B. Pelaburan secara simpanan tetap bulanan
C. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

A. Pelaburan Secara Lump-Sum
Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat dua jenis keuntungan:

1) Keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah

2) Keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.

Contoh:
Jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10,000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800.

Jika hal ini berterusan, agihan sebanyak 8% setahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM10,000 tadi akan menjadi RM 100,626.57 selepas 30 tahun.

B. Pelaburan Secara Simpanan Tetap Bulanan

Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan.

Oleh yang demikian, dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil sebagai pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).

Contoh:
Jika anda melabur RM 100 sebulan selama 30 tahun, dengan compounding interest sebanyak 8% setahun dikompaun secara bulanan, anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang.

C. Pelaburan Melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Kaedah pelaburan yang ketiga ini dikhususkan kepada ahli KWSP yang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP. Pengeluaran KWSP bagi sebab pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM3,333 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1 dan belum mencapai umur 55 tahun.

Manakala, untuk ahli yang layak mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam Unit Amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan. Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1.

Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

Contohnya:
Anda berumur 27 tahun,
Simpanan asas: RM20,000
Akaun 1: RM50,000

Anda boleh keluarkan 30% sahaja dalam masa 3 bulan.

Jadi jumlah yang boleh dilaburkan adalah sebanyak:
(RM50,000 – RM20,000) x 0.3 = RM9,000.

Unit amanah sememangnya menjadi pilihan pelabur jika mereka tidak mempunyai masa untuk memantau pergerakan naik turun harga dana kerana ia dikendalikan oleh golongan professional dan sesuai untuk mereka yang mempunyai matlamat pelaburan jangka masa panjang.

Oleh yang demikian, sekiranya anda mempunyai sejumlah wang yang banyak dan tidak merancang untuk menggunakannya dalam masa terdekat, anda boleh pertimbangkan untuk melabur secara lump-sum. Sebaliknya, jika anda lebih selesa dengan pelaburan tetap secara bulanan maka potongan bulanan dari gaji atau potongan setiap 3 bulan melalui KWSP adalah pilihan yang terbaik.

Tetapi suka diingatkan supaya sebelum melabur, anda perlu pastikan anda mempunyai :
i. Perlindungan takaful sebanyak 10 kali daripada gaji tahunan anda
ii. Simpanan 3-6 bulan daripada gaji bulanan anda

Bukan apa, takut-takut nanti pelaburan anda melebur, perlindungan dan simpanan yang anda sudah sediakan tadi dapat membantu anda untuk membina hidup anda semula.

Kredit kepada Majalah Labur: Artikel telah ditulis oleh Ahmad Samhan Awang untuk Majalah Labur seperti pautan berikut: 3 Kaedah Pelaburan Dalam Unit Trust – Majalah Labur

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Leadership dalam Bisnes?

Seperti yang kita tahu, leaders atau pemimpin adalah golongan terpenting dalam struktur sosial masyarakat kita…Tanpa pemimpin, urusan2 dalam kerajaan atau syarikat akan menjadi tidak terurus…Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apakah makna pemimpin itu sendiri?..Kebiasaannya, orang-orang yang mempunyai jawatanlah yang kebanyakan orang akan anggap sebagai pemimpin. Betul. Tetapi, makna leadership itu sebenarnya luas. Leadership

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) merupakan satu skim caruman jangka panjang sukarela yang diwujudkan bagi membantu individu untuk mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan. Skim ini adalah skim yang melengkapi dan menyerupai skim caruman wajib KWSP. Dengan erti kata lain, kewujudan skim ini membolehkan individu untuk menyimpan lebih daripada apa yang ditawarkan oleh KWSP.

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana jenis pelaburan, pelabur yang bijak perlu menjalankan kaji selidik terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko kerugian. Unit amanah adalah antara instrumen pelaburan yang popular di Malaysia. Terdapat beratus- ratus dana yang ditawarkan oleh bank pelaburan tempatan tetapi mana satu yang sesuai dengan anda? Bagi membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada

Lima Rahsia Mengapa Millenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, namun jika tidak melabur, ia akan menjadi satu perkara yang merugikan. Salah satu bentuk pelaburan yang ada adalah dalam bentuk Unit Amanah (Unit Trust). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan millenial patut melabur dalam Unit Amanah. A. Tidak Perlu Jadi Pakar Anda tidak perlu menjadi pakar

Scroll to Top