Usahasama Worldwide

TESTIMONI KEJAYAAN

Testimoni Konsultan Unit Amanah 1 – Aida Elynn & Nor Akmar (Millionaire Sister)

“Kejayaan tidak dicapai dalam sekelip mata. Di peringkat awal, saya tiada masa untuk makan dan kerap bertukar pakaian di tandas awam semata-mata untuk bertemu dan ‘ambil hati’ pelanggan,” kata jutawan saham amanah dan insurans, Aida Nurlin Hanif, 32, menceritakan kerja kerasnya sebelum berjaya dalam unit trust consultant.

Ketika itu, dia perlu membahagikan masa antara pelajaran dan kerja kerana masih menuntut dalam jurusan Diploma Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menjadikan kakaknya, Nor Akmar, 36, sebagai idola, usaha gadis bertudung ini nyata berbaloi apabila mampu bergelar orang kaya baru ketika masih di universiti.

Nk jadi consultant unit trust kami ? hubungi unit trust kami sekarang

Masakan tidak, pada usia 21 tahun ketika rakan sebaya masih mengharapkan wang biasiswa dan pinjaman untuk menyara kehidupan di kampus, dia mampu memiliki kereta mewah Porsche Boxster.

Aida Nurlin yang lebih mesra disapa Elynn berkata, prinsip utamanya dalam setiap pekerjaan mesti dibuat sehingga sempurna dan berjaya dalam unit trust consultant.

Katanya, dia teruja melihat kekayaan kakaknya lantas yakin mampu memperoleh kejayaan sama jika berusaha bersungguh-sungguh walaupun dibebani komitmen sebagai pelajar.

Menurutnya, kuliahnya bermula jam 10 pagi, namun seawal jam 8 pagi setiap hari dia mengatur janji temu dengan pelanggan tetap atau mencari pelanggan baru.

Selepas janji temu, dia bergegas ke kuliah sebelum mengatur pertemuan lain ketika waktu makan tengah hari bagi membolehkannya mencapai sasaran peribadi.

“Rutin itulah yang dilalui sehingga tamat pengajian. Kadangkala sampai malam pun masih bertemu pelanggan hingga makan tak menentu,” katanya.

Kejayaan menakjubkan Elynn dan Akmar makin dikagumi pelbagai pihak hingga ramai menggelar mereka sebagai ‘millionaire sisters’ (jutawan adik-beradik) dalam kerjaya unit trust consultant.

Testimoni Konsultan Unit Amanah 2- Encik Engineer

Saya nak berkongsi pengembaraan saya bersama Public Mutual. Diharap semua pembaca akan dapat belajar serba sedikit dari pengalaman saya ini. InsyaAllah.

Saya bermula sebagai investor pada tahun 2010. Consultant saya adalah kawan saya. Itupun setelah dipaksa oleh dia. 

Syukurlah kawan saya paksa saya, kalau tidak saya tak tahu pon kebaikan invest dalam Public Mutual ni. Saya invest pakai EPF waktu tu. Saya serahkan bulat2 kat kawan saya.

Tak ambil tahu pon apa yg berlaku. Setiap 3 bulan mmg alihkan dari EPF ke Public Mutual.

Patuh syariah ke Public Mutual ni? Kan under Public Bank? Saya ambil fund yg patuh syariah, di bawah pemantauan Securities Commission (SC).

InsyaAllah lepas tanggungjawab kita mencari yg halal.

5 tahun berlalu, saya terpanggil untuk mencari formula untuk mengembangkan tabungan saya.

Saya buat research (baca: pakai gugel jek) dan mendapati pengetahuan saya tentang pelaburan amatlah sedikit.

Jadi saya berazam untuk menjadi Islamic Financial Planner (IFP) untuk kegunaan diri sendiri dan juga, insyaAllah berkongsi ilmu dgn org lain nanti.

Tapi macam mana nak jadi IFP? Kena ada 3 tahun pengalaman dlm bidang kewangan dan kena belajar 6 module.

Macam mana engineer nak ada pengalaman yg mcm tu?

So, the easiest way is to be a unit trust consultant. Takkan nak jadi banker pulak kan? Hihi.

So saya pon research pulak company mana yang paling best utk join sebagai consultant.

Terjumpa satu blog yang mengenai macam mana nak jadi agen Public Mutual. Tanpa membuang masa, saya contact owner blog dan dia pon menghubungi saya.

Alhamdulillah, saya telah menghubungi agency yang paling hebat di Public Mutual.

Setelah lulus CUTE exam pada August 2015, saya telah sah menjadi Public Mutual consultant.

Sebelum mengambil exam, saya telah belajar macam2 berkenaan pelaburan dan saya baru tahu kesalahan saya paling besar dalam kewangan.

Jangan simpan duit dalam akaun simpanan, sebab semakin lama disimpan semakin kecil nilainya.

Pulangan lebih kurang 1.5% setahun tak dapat menangkis inflasi 3-4% setahun. Basic knowledge ni pon saya tak tahu sebelum ni.

Saya bermula dengan menguruskan pelaburan saya sendiri. Dan pada tahun 2016, saya telah menjadi full time Public Mutual UT & PRS consultant.

Nak tahu apa benefitnya?

Sudah tentu yg pertama sales commission.

Ada sales, ada gaji. Gaji dibayar pada 7hb setiap bulan. Sikit atau banyak terpulang kepada usaha anda sendiri.

Tapi jgn risau di Public Mutual, ada ramai mentor2 yang membimbing, baik di Whatsapp group, FB group, weekly meeting, coaching session, dan macam2 lagi.

Sekiranya tak tahu, cuma bertanya dan ramai yang akan menolong.

Lagi best, ada percutian percuma. Mestilah ada syarat2 nya la kan. Takkan senang-senang bagi percuma. Ye tidak?

Tahun 2017 ada Barcelona, Seoul, dan Macao. Pilih sahaja yg mana berkenan dan berusahalah bersungguh-sungguh. Anda akan dilayan bagaikan selebriti ketika percutian percuma itu.

Best kan?

Duduk di hotel yang mewah, bukan hotel bajet kalau kita bercuti sendiri.

Makan di tempat yang selebriti makan, dan byk lagi yang istimewa ketika percutian di bawah Public Mutual.

Ada lg best tak?

Ada.. Kat Public Mutual ada career benefit. Apa tu career benefit?

Senang cakap pencen.

Sebab apa pencen ye?

Sebab tak perlu buat apa-apa, goyang kaki pon duit masuk.

Career benefit dibayar setiap bulan di atas Asset Under Management (AUM).

AUM ni adalah segala pelaburan yg diuruskan oleh agen. Selagi pelabur tak bawa keluar duit, selagi itu career benefit akan dibayar.

Best ke best?

Semoga semua pembaca dapat manfaat dari coretan saya ini. InsyaAllah.

Testimoni Konsultan Unit Amanah 3 – GAM Azizah Saad

Kisah Kejayaan Unit Trust Consultant Public Mutual: GAM Azizah Saad, menjadi sumber inspirasi untuk saya supaya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk teruskan perjuangan sebagai Unit Trust Agent dengan Public Mutual.

Ikuti kisah beliau yang saya ambil dari Utusan Malaysia 12 Mac 2007.

Sebahagian daripada kita mungkin pernah dilanda rasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. Berpuluh tahun melakukan rutin sama sehingga kadangkala bagaikan ‘mengheret’ kaki ke pejabat setiap pagi.

Terikat dengan pelbagai komitmen, keinginan untuk berubah kerjaya kerap terbantut apatah lagi apabila gagal mencari kerjaya lain yang sesuai.

Begitupun, bak kata Pengurus Agensi Kumpulan (GAM) Public Mutual, Azizah Saad, 39, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risiko, terpulang kepada kemahuan dan keazaman untuk menjayakannya.

Ini juga adalah antara kunci kejayaan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, Sharifah Aisyah Akmal Syed Ahmad Akmal, 14, Syed Aiman Akmal, 12, dan Syed Aniq Akmal, sehingga meraih gelaran sebagai perunding unit amanah nombor satu bagi bumiputera dan ke dua terbaik bagi keseluruhan di Public Mutual.

Ikuti temu bual bersama wartawan, Siti Zaleha Jorimai dan jurugambar, Halim Khalid bersama wanita cemerlang ini.

Apakah sebenarnya unit amanah?
Azizah: Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut.

Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) seperti anda?
Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik. UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Mungkin anda ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?
Pertamanya, individu tersebut perlu memahami objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan. Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.

Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai UTC berjaya?
Kerjaya ini menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting kesungguhan dan kesanggupan untuk bekerja keras kerana kerjaya ini adalah perniagaan anda dengan modal serendah RM250.00 (yuran peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).

Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan kepada perunding dan pelabur.
.
Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau kemahuan yang tinggi.
.
Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (kelayakan minimum).

Boleh ceritakan perjalanan anda dalam mencapai kejayaan seperti sekarang?
Selepas tamat kursus kesetiausahan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana. Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan.

Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan umpah RM4. Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik.

Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah’ mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit.

Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.

Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.

Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.

Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya panik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi UTC selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

Apakah cabaran yang dihadapi selepas menyertai unit amanah?
Saya menyertai bidang ini dengan pengetahuan yang kosong dan tak tahu apa yang saya jual. Namun, saya punya keinginan yang kuat dan berusaha mendalami setiap aspek perniagaan ini.

Selepas melalui saat jatuh bangun, Alhamdulillah, berkat kerja keras dan kesungguhan akhirnya berhasil. Pada tahun lepas saja jualan kumpulan saya mencecah RM122 juta. Saya mempunyai seramai 200 UTC dan seorang GAM terus di bawah saya.

Saya menyimpan cita-cita untuk menghasilkan 50 GAM dalam tempoh 10 tahun lagi. Saya yakin ia mampu dicapai jika ada kesungguhan dan keazaman.

Apa resipi kejayaan anda sehingga ke tahap sekarang?
Sebagai UTC , pertama sekali sanggup berhadapan dan menerima risiko ditolak. Saya selalu ingatkan kepada anak-anak didik saya bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang peribadi sehingga boleh menyebabkan kita jatuh. Sebaliknya, dijadikan pendorong untuk terus berusaha.

Keduanya, saya memilih orang yang tepat untuk saya rekrut. Memilih orang yang tepat tidak bermakna yang berpendidikan tinggi saja sebaliknya, mereka yang menunjukkan kesanggupan untuk berusaha.

Kalau diletakkan sasaran dia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai. Sebagai ketua yang baik saya juga perlu bijak untuk memberi motivasi kepada orang di bawah saya untuk terus bersemangat.

Scroll to Top