Usahasama Worldwide

Boleh untung ke pelaburan Unit Trust?Ramai bertanya….tapi tak tau nak start kat mana. Saya sedia membantu…jangan risau, tak ada desakan…itu bukan cara saya. Anda pilih sendiri ke mana anda hendak melabur…duit anda, anda yang untung betul tak? Cuma jika anda ingin info lanjut tentang Pelaburan Unit Trust, saya akan bantu anda. Semua persoalan anda, saya akan cuba jawab dengan mudah difahami dan ringkas.Saya dah melabur ASB, saya dah melabur hartanah (kedai, rumah, apartment, sublet dll)…cuma satu saya nak katakan…jika anda TIDAK LANGSUNG melabur Unit Trust (walaupun sedikit), memang SANGAT RUGI. Memang boleh untung dan tidak menjejaskan Slip Gaji anda.

Menjelang 3 tahun ke atas, duit anda telah berganda…sangat hebat…ianya BENAR dan bukan MLM/Skim Piramid/Skim Cepat Kaya…hahaha….Sekadar selingan…..Nak kata tinggi…rasa mcm rendah…ASB tinggi lagi…kalau biar…sampai pencen/nak keluarkan…tak banyak mana pun…buatlah pilihan bijak, ramai dah guna Teknik Unit Trust untuk ubah DUIT SENYAP KWSP ni supaya berganda lebih tinggi! Jawapannya = KEMPEN INISIATIF KWSP iaitu “Bukan Hanya Simpanan”” Berkuatkuasa 1 Februari 2008, tempoh tanggungan mencarum kepada KWSP untuk pekerja dan majikan dilanjutkan dari umur 55 tahun kepada 75 tahun. Selain itu, ahli perlu mempunyai amaun minimum Simpanan Asas mengikut tahap umur bagi membantu ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 apabila mencapai umur 55 tahun ” (Ini adalah hasrat Kerajaan untuk semua pencarum ada minimum RM120k).

* KWSP benarkan 30% daripada baki asas AKAUN 1 untuk dilaburkan agar matlamat RM120K apabila umur 55 tahun tercapai

Jadi bro… Apa maksudnya melabur Unit Trust tanpa modal? Takkan nak pakai sembang kosong je hahaha. Sebenarnya ini adalah teknik yang ramai tak guna atau ambil kesempatan (RUGI sesangat!). Saya rasa ini satu kerugian Bagi PEKERJA SEKTOR SWASTA kerana teknik ini tidak melibatkan KOMITMEN BULANAN dan tiada komitmen dalam SLIP GAJI.Cara yang saya maksudkan ialah mengeluarkan sedikit simpanan dalam Akaun 1 KWSP atau EPF anda, dan dilaburkan. Ramai orang buat (yang TAHU lah)…kadang-kadang info tak sampai.Mungkin ada yang berasa ini tindakan tak bijak kerana meletakkan risiko ke dalam tabung KWSP untuk pencen anda nanti…TUNGGU…………KERAJAAN takkan cadangkan cara ini kepada ORANG RAMAI, jika ianya berisiko tinggi! KERAJAAN benarkan Akaun 1 dikeluarkan untuk pelaburan ke dalam DANA TERPILIH OLEH KERAJAAN sahaja! Maksudnya, DANA PASTI UNTUNG SAHAJA!!!!Semua orang TAHU bahawa Akaun2 kwsp ni banyak yang dah kering kontang…kenapa? Sebab ianya dikeluarkan atas pelbagai sebab contohnya beli rumah, bayar rumah, beli komputer, sambung belajar, sakit dan lain lain. Menjelang anda pencen umur 55 tahun nanti, ada la sikit….nak pegi Haji pun tak lepas kan?Sebab tu, hari ni saya nak kongsikan TEKNIK MELABUR UNIT TRUST TANPA MODAL yang sangat bijak ni. Ini bukan gurauan dan main-main sebab untungnya antara TERBESAR..purata 10%-15% dan sememangnya boleh pergi lebih dari 15%… Insha Allah.Melabur secara guna KWSP ni agak leceh isi borang setiap 3 bulan..tapi SAYA akan sentiasa ada UNTUK ANDA.

* Saya TAK GEMAR melabur setiap 3 bulan. Saya suka melabur yang untung berganda sahaja. Customer customer saya, saya akan KONGSIKAN TIPSnya hihihi. * PENTING ! Syarat Kelayakan…pastikan Duit Dalam KWSP anda melebihi nilai dalam jadual (jadual simpanan asas kwsp berkuatkuasa 2014) mengikut UMUR…di bawah:6 langkah-langkah untuk memulakan pelaburan unit trust melalui Tanpa Modal atau melalui KWSP?

1) Saya akan berikan penerangan berkenaan pelaburan unit trust. Dana mana nak pilih, dana islamik? dana konvensional? (Saya uruskan Islamik sahaja ye. Harap maklum)

2) Anda perlu dapatkan nombor akaun KWSP anda. – Boleh telefon dan tanya kepada Khidmat Pelanggan KWSP 03-89226000 ATAU- Pergi ke Pejabat KWSP dan check berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1. Senang saja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh check dan print-out status akaun anda serta merta ATAU- Kalau ada internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP, lagi senang, log-in di http://www.kwsp.gov.my/ dan anda boleh check status akaun anda.

3) Untuk mengetahui jumlah yang boleh dikeluarkan untuk pelaburan Unit Trust, anda boleh menggunakan kalkulator di web KWSP untuk mendapatkan anggaran jumlah simpanan anda yang boleh dikeluarkan dari simpanan KWSP anda untuk tujuan pelaburan. Ianya adalah 30% daripada baki asas jumlah akaun 1. Kalau nak kira sendiri, cara kira saya tunjukkan di bawah.Contoh Cara Kira Berapa Boleh Keluar Untuk Pelaburan Unit Trust:Umur Pelabur (anda la..) = 35 TahunDuit dalam akaun 1 KWSP (check sendiri dengan KWSP anda) = RM78,000.00Simpanan Asas Umur 35 Tahun = RM50000 (check kat jadual atas)Maka;= (RM78,000 – RM50,000 ) X 30% = RM28000 X 0.3= RM8400Maka, anda layak guna Melabur Unit Trust TANPA MODAL ini sebanyak RM8400.

4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Jangan SCAN ye. Snap handphone pun tak boleh. Wajib Standard MESIN FOTOSTAT!!! Fotostat dengan kemas dan tidak boleh berwarna. Mesti hitam putih sahaja. KWSP sangat strict! Salah sikit, REJECT…

5) Langkah seterusnya, anda boleh set appointment untuk berjumpa saya. Tapi kalau jauh dan tak sempat (maklumlah satu Malaysia nak cover hihihi), NO PROBLEM…saya boleh poskan borang. Dah ramai yang saya URUSKAN…semua puas hati. Anda boleh whatsapp saya anytime ye. Servis terbaik…

* Setiap 4 bulan, anda akan dapat penyata pelaburan dari CIMB ke alamat surat menyurat anda. Jika anda nak tahu status semasa, boleh whatsapp saya anytime. Nanti saya tolong checkkan dalam sistem Unit Trust saya. – Whatsapp saya wasap.my/60123668046/unittrustkwsp, Nama Penuh + Alamat Pos. Saya akan tandakan bahagian nak isi, sign dan cap jari. Senang sahaja…* Pastikan alamat anda ade orang yang boleh ambil pos laju ye. Saya nasihatkan guna alamat pejabat. Confirm ada orang ambil.

6) Ini part PALING PENTING. Apabila anda telah memulangkan borang kepada saya. Saya akan memulakan proses MONITOR dan TIMING. Setiap hari saya akan monitor harga NAV. Dan apabila sampai masa dan ketika yang BETUL dan TERBAIK, saya akan whatsapp anda yang saya akan submit borang pelaburan Unit Trust secara KWSP anda keesokan hari! Inilah yang dinamakan TIMING. Inilah yang membezakan Untung dan Untung Maksimum ye. Proses timing harga terbaik mungkin mengambil masa 2 minggu ke 3 bulan. Insha Allah kita berusaha sebaik mungkin. Saya tak dapat nak janjikan harga rendah, tapi sekurang kurangnya, kita masuk pada masa harga terendah yang boleh pada kesempatan dan timing masa tersebut.Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda. Perlu ingat, KWSP sangat Strict dan mudah reject. Saya nak permudahkan urusan anda.

(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya. Warna fotocopy hitam putih sahaja, fotostat berwarna TIDAK BOLEH!
(b) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color tak boleh.
(c) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas. Sekali TEKAN. Jangan TENYEH kanan kiri atas bawah. Jangan gelap sangat dan jangan kabur sangat. Jangan terlebih daripada kotak.
(d) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.
(e) Borang KWSP mesti ditulis satu satu bulat bulat, tak boleh tulisan sambung. Dicadangkan biarkan kosong, saya TOLONG ISIKAN untuk tuan tuan dan puan puan. Tuan tuan puan puan hanya turunkan CAP JARI tangan kanan dan kiri sahaja.
(f) Kalau belum lagi daftar perkhidmatan online KWSP, digalakkan daftar bila ke pejabat KWSP. Nanti 3 bulan akan datang bila anda boleh keluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, check kat online je lah amaun akaun KWSP anda.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn
Sanusi Alim

Sanusi Alim

Konsultan Bertauliah Public Mutual Berhad | Life Planner AIA Berhad

Leave a Comment

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Leadership dalam Bisnes?

Seperti yang kita tahu, leaders atau pemimpin adalah golongan terpenting dalam struktur sosial masyarakat kita…Tanpa pemimpin, urusan2 dalam kerajaan atau syarikat akan menjadi tidak terurus…Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apakah makna pemimpin itu sendiri?..Kebiasaannya, orang-orang yang mempunyai jawatanlah yang kebanyakan orang akan anggap sebagai pemimpin. Betul. Tetapi, makna leadership itu sebenarnya luas. Leadership

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) merupakan satu skim caruman jangka panjang sukarela yang diwujudkan bagi membantu individu untuk mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan. Skim ini adalah skim yang melengkapi dan menyerupai skim caruman wajib KWSP. Dengan erti kata lain, kewujudan skim ini membolehkan individu untuk menyimpan lebih daripada apa yang ditawarkan oleh KWSP.

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana jenis pelaburan, pelabur yang bijak perlu menjalankan kaji selidik terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko kerugian. Unit amanah adalah antara instrumen pelaburan yang popular di Malaysia. Terdapat beratus- ratus dana yang ditawarkan oleh bank pelaburan tempatan tetapi mana satu yang sesuai dengan anda? Bagi membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada

Lima Rahsia Mengapa Millenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, namun jika tidak melabur, ia akan menjadi satu perkara yang merugikan. Salah satu bentuk pelaburan yang ada adalah dalam bentuk Unit Amanah (Unit Trust). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan millenial patut melabur dalam Unit Amanah. A. Tidak Perlu Jadi Pakar Anda tidak perlu menjadi pakar

Scroll to Top