Usahasama Worldwide

Lima Rahsia Mengapa Millenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, namun jika tidak melabur, ia akan menjadi satu perkara yang merugikan. Salah satu bentuk pelaburan yang ada adalah dalam bentuk Unit Amanah (Unit Trust). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan millenial patut melabur dalam Unit Amanah.

A. Tidak Perlu Jadi Pakar

Anda tidak perlu menjadi pakar atau mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan yang bertahun-tahun untuk memperoleh keuntungan. Unit Amanah merupakan skim pelaburan kolektif yang mengumpulkan wang pelaburan daripada orang ramai. Portfolio pelaburan kolektif ini kemudiannya akan diuruskan oleh pengurus dana yang berpengalaman dan pakar di dalam Unit Amanah. Oleh yang demikian, dengan kehadiran pakar pelaburan ini, unit amanah merupakan pelaburan ideal buat warga millenial yang sentiasa sibuk dengan kehidupan seharian.

B. Tidak Memerlukan Pendapatan Yang Besar

Kebanyakan penyedia unit amanah memberikan anda pilihan untuk melabur sekali gus atau pun dengan jumlah yang sedikit dan tetap setiap bulan melalui pesanan debit. Pilihan yang kedua ini membolehkan mereka yang mempunyai pendapatan yang terhad untuk mengumpul wang dalam jumlah yang lebih besar untuk dilaburkan.

Selain itu, dengan mengumpulkan wang anda bersama dengan orang lain, anda kini boleh membeli aset yang biasanya hanya tersedia untuk pelabur kaya. Kos sesetengah saham adalah terlalu mahal untuk individu, tetapi sifat kolektif unit amanah ini memberikan penyelesaian kepada masalah tersebut.

C. Pelaburan Dalam Portfolio Yang Pelbagai

Pengurus dana yang menguruskan dana unit amanah anda selalunya akan mempelbagaikan pelaburan kepada pelbagai jenis aset. Biasanya, ia termasuklah saham ataupun dana ekuiti, dana bon, bon korporat, dana mata wang pasaran, dana REIT, dana hartanah dan pelbagai lagi. Dengan kaedah mempelbagaikan portfolio pelaburan, risiko keseluruhan pelaburan anda dapat dikurangkan.

D. Pelaburan Yang Selamat

Untuk pengetahuan, pengurus dana tidak mempunyai akses kepada wang tunai anda yang telah dilaburkan. Faedah anda sebagai seorang pemegang unit adalah anda akan dilindungi oleh pemegang amanah bebas yang telah dilantik untuk memegang aset dana bagi pihak pemegang unit. Selain itu juga, undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkenaan unit amanah akan menyukarkan pihak lain untuk sewenang-wenangnya mengambil wang anda.

E. Mudah Untuk Dicairkan

Tidak seperti pelaburan lain yang ‘menyimpan’ duit anda untuk tempoh yang ditetapkan, unit amanah mempunyai tahap kecairan yang lebih tinggi. Anda boleh menukarkan unit anda dalam bentuk tunai pada hari berikutnya setelah anda membeli harga unit. Anda juga tidak perlu membayar penalti sekiranya anda berbuat demikian. Ini merupakan suatu kelebihan dalam kes kecemasan ataupun apabila anda perlukan wang tunai dengan segera.

Oleh itu, sekiranya anda seorang yang baru saja mahu berjinak-jinak dalam pelaburan unit amanah, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda perlu catat dan ikut. Perkara tersebut adalah :

1. Buat Pelan Kewangan dan Matlamat
Ikut pelan kewangan anda dengan penuh disiplin – Hamparkan profail risiko anda, jangka masa pelaburan dan objektif pelaburan untuk memastikan anda berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat pelaburan anda.

2. Buat Kerja Rumah
Terdapat beberapa jenis unit amanah yang terdapat di pasaran, dan anda perlu memahami setiap daripadanya termasuklah risiko dan ganjaran yang terlibat. Pilih yang terbaik yang bersesuaian dengan matlamat kewangan anda.

3. Hadamkan Terma dan Syarat
Baca, fahami, dan hadamkan fakta-fakta mengenai dana dengan teliti.

4. Berhati-hati dengan Yuran dan Caj Yang Terlibat
Ketahui yuran dan caj yang perlu dibayar untuk setiap transaksi

5. Semak Prestasi Pelaburan
Semak dan sentiasa pastikan diri anda dikemaskini dengan laporan dan penyata kewangan tahunan. Apabila melabur dalam unit amanah, tempoh pelaburan yang sesuai ialah jangka sederhana dan panjang.

Kredit kepada Majalah Labur ditulis seperti pautan berikut 5 Rahsia Mengapa Milenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah – Majalah Labur

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Leadership dalam Bisnes?

Seperti yang kita tahu, leaders atau pemimpin adalah golongan terpenting dalam struktur sosial masyarakat kita…Tanpa pemimpin, urusan2 dalam kerajaan atau syarikat akan menjadi tidak terurus…Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apakah makna pemimpin itu sendiri?..Kebiasaannya, orang-orang yang mempunyai jawatanlah yang kebanyakan orang akan anggap sebagai pemimpin. Betul. Tetapi, makna leadership itu sebenarnya luas. Leadership

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) merupakan satu skim caruman jangka panjang sukarela yang diwujudkan bagi membantu individu untuk mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan. Skim ini adalah skim yang melengkapi dan menyerupai skim caruman wajib KWSP. Dengan erti kata lain, kewujudan skim ini membolehkan individu untuk menyimpan lebih daripada apa yang ditawarkan oleh KWSP.

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana jenis pelaburan, pelabur yang bijak perlu menjalankan kaji selidik terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko kerugian. Unit amanah adalah antara instrumen pelaburan yang popular di Malaysia. Terdapat beratus- ratus dana yang ditawarkan oleh bank pelaburan tempatan tetapi mana satu yang sesuai dengan anda? Bagi membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada

Lima Rahsia Mengapa Millenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, namun jika tidak melabur, ia akan menjadi satu perkara yang merugikan. Salah satu bentuk pelaburan yang ada adalah dalam bentuk Unit Amanah (Unit Trust). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan millenial patut melabur dalam Unit Amanah. A. Tidak Perlu Jadi Pakar Anda tidak perlu menjadi pakar

Scroll to Top