Usahasama Worldwide

Leadership dalam Bisnes?

Seperti yang kita tahu, leaders atau pemimpin adalah golongan terpenting dalam struktur sosial masyarakat kita.
.
.
Tanpa pemimpin, urusan2 dalam kerajaan atau syarikat akan menjadi tidak terurus.
.
.
Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apakah makna pemimpin itu sendiri?
.
.
Kebiasaannya, orang-orang yang mempunyai jawatanlah yang kebanyakan orang akan anggap sebagai pemimpin.

Betul. Tetapi, makna leadership itu sebenarnya luas. Leadership tidak terhad kepada jawatan sahaja, jawatan itu cuma alat untuk kita memberi mafaat kepada orang lain.

Nilai leadership yang paling utama adalah bagaimana kita meletakkan diri kita dalam masyarakat dan juga bagaimana kita menjadi contoh kepada orang lain.

Kita masih boleh dipandang tinggi oleh masyarakat walaupun kita tidak mempunyai apa-apa jawatan, dan kita juga masih boleh menggerakkan sekumpulan masyarakat untuk bergerak ke arah satu tujuan yang sama, kita juga mampu menggerakkan idea-idea yang diperbahaskan oleh sekumpulan manusia ke arah mencari satu titik persamaan yang jelas lagi tuntas.

Jadi, bagaimana leadership boleh dikaitkan dengan keusahawanan atau perniagaan ini?

Saya senaraikan 3 point utama yang saya boleh simpulkan dengan jelas.

Nilai leadership menjadikan bisnes kita itu lebih teratur dan mampu bergerak lebih jauh.

Pernahkah anda lihat seramai mana usahawan muda yang berhenti di tengah jalan sahaja setelah terpaksa melalui liku-liku yang tajam dalam dunia perniagaan?

Pernahkah juga anda lihat anak-anak muda yang cuba sedaya upaya untuk membuat perniagaan namun masih tidak mendatangkan apa-apa hasil?

Pernahkah anda melihat kepada bagaimana perniagaan-perniagaan kecil jatuh dalam masa yang sekejap sahaja?

Jawapannya adalah, kebanyakannya bergerak seorang diri. Anda mesti terfikir yang di luar sana ramai sahaja yang mampu berjaya seorang diri kan?

Akan tetapi pada hakikatnya, kesemua daripada mereka tersebut sebenarnya mempunyai team atau tulang belakang yang setia membantu mereka. Dengan mempunyai sifat kepimpinan yang betul, kita akan mempunyai kemahiran management yang betul kerana mindset.

Mindset pemimpin yang betul adalah “kita tidak boleh melakukan semua perkara seorang diri”.

Maka daripada itulah kita mula memikirkan bagaimana untuk membahagikan tugas2 dalam pasukan atau kita panggil sebagai “delegation”.

Kemahiran delegating adalah kunci utama dalam leadership yang dapat membantu melancarkan management kita.

Kelebihan delegation juga banyak, salah satunya adalah kita dapat menjimatkan masa kita dengan memberikan tugas kepada team untuk diselesaikan sementara kita sentiasa bergerak aktif di hadapan untuk membangunkan team bisnes kita.

Delegation juga penting sebab ia dapat menolong ahli untuk sentiasa belajar benda baru, maka bisnes yang kita bina itu dapat bergerak sendirinya jika kita mempunyai kekuatan sebuah pasukan yang jitu.

Selain itu, leadership juga penting untuk menjadikan bisnes atau syarikat kita itu sentiasa relevan dan kukuh.

Kebanyakan organisasi-organisasi mengalami kejatuhan adalah kerana mereka tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan peredaran masa.

Hal ini adalah disebabkan nilai leadership CEO syarikat itu ataupun Presiden organisasi itu tiada.

Maksud saya, leadership mereka hanya cukup sebagai pemula kepada pergerakan mereka sahaja tetapi mereka mula memperlahankan tempo mereka setelah diyakini bahawa organisasi mereka sudah pun “stabil” ataupun “kukuh”.

Mereka berhenti untuk terus belajar dan bergerak. Sedangkan ciri utama pemimpin adalah mereka perlu untuk sentiasa bergerak.

Baiklah, apa yang saya maksudkan dengan “bergerak” adalah bila mana ketua itu sentiasa aktif mencari peluang yang ada untuk memperkembangkan perniagaannya dan juga kritikal dalam menyelesaikan masalah-masalah yang jika tidak dirawat, mampu untuk memberi masalah yang besar kepada syarikat.

Di saat ketika sang ketua itu mula “memejamkan matanya” adalah waktu permulaan kepada keseluruhan organisasi pula untuk dipejamkan matanya.

Saat ini adalah waktu yang biasanya sudah terlambat untuk sang ketua itu untuk berbuat apa-apa.

Akhir sekali, leadership ini pula bersifat kolektif, iaitu dengan menjadikan syarikat kita antara “leader” sebenar dalam dunia industri lokal mahupun global.

Dengan mempunyai mindset-mindset yang positif dalam syarikat atau organisasi mampu bertahan lama dalam industri dan mampu untuk menguatkan reputasi brand kita.

Maka pentingnya untuk syarikat kita itu untuk terus berkembang dan menjadi berdaya saing.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa ciri-ciri pemimpin itu adalah kompetitif dan berdaya saing.

Dengan menerapkan mindset yang betul kepada ahli, kita dapat membantu untuk menghasilkan sekumpulan ahli yang komited dan bersemangat seterusnya membantu untuk organisasi tersebut untuk berada dalam mode “auto-pilot”.

Proses untuk meng”auto-pilot”kan adalah penting untuk memastikan syarikat yang kita terajui itu untuk terus bergerak dengan sendirinya, dan hal ini mampu memberi kita sejumlah masa untuk ditumpukan kepada agenda-agenda yang lebih besar pula, kerana kita sudah tidak perlu risau kepada stability bisnes kita itu.

Sekurangnya, ahli-ahli itu mampu menjadikan bisnes kita itu bergerak dalam mode yang “stagnant” dan kemudian tugas kita pula hnyalah untuk menaikkan lagi reputasi syarikat kita itu.

Sedikit rumusan untuk artikel ini adalah, kepimpinan adalah ciri-ciri penting yang perlu ada dalam perniagaan itu untuk memastikan bisnes kita itu sentiasa berkembang dan berkembang.

Dan ketua kepada bisnes itu sendiri juga haruslah sentiasa belajar dan bergerak.

Di mana asas-asas kepimpinan itu juga penting untuk setiap ketua terus pelajari seperti kemahiran mengetuai meeting, kemahiran brainstorm idea, kemahiran komunikasi, kemahiran delegating, kemahiran berucap dan memberikan motivasi dan juga kemahiran-kemahiran yang lain.

Selain daripada itu juga perlu diingatkan bahawa leadership itu fleksibel, dan setiap leader itu juga unik dan mempunyai gaya tersendiri.

Maka selain daripada memahiri asas-asas leadership yang tersebut, leaders juga perlu sedar dan yakin dengan personaliti dan gaya mereka itu.

Itulah sebenarnya yang mampu membantu leader itu kekal kuat dan positif dalam mengemudi bahtera bisnes itu.

Sekadar ini sahaja perkongsian saya pada kali ini, semoga ia bermanfaat buat pembaca sekalian dan silakan like dan comment.

Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top