Usahasama Worldwide

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana jenis pelaburan, pelabur yang bijak perlu menjalankan kaji selidik terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko kerugian. Unit amanah adalah antara instrumen pelaburan yang popular di Malaysia. Terdapat beratus- ratus dana yang ditawarkan oleh bank pelaburan tempatan tetapi mana satu yang sesuai dengan anda?

Bagi membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada pelaburan unit saham amanah, di bawah ini disenaraikan antara soalan cadangan yang anda patut tanya kepada ejen anda sebelum membuat keputusan pelaburan.

1. Adakah dana Unit Amanah ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti?
Semua produk unit amanah mesti didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Untuk memastikan produk pelaburan itu didaftarkan dengan SC, hubungi 03-6204 8000 dan minta untuk disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan atau layari laman web SC di www.sc.com.my.

2. Berapa lama syarikat Unit Amanah tersebut beroperasi?
Apakah rekod atau prestasi syarikat itu dalam memberikan pulangan yang dijanjikan? Pelabur perlu memeriksa latar belakang sesuatu syarikat unit amanah, termasuk syarikat yang akan menguruskan dana terbabit. Cari maklumat mengenai rekod prestasi dan pengalaman mereka.

3. Apakah dana itu bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan profil risiko anda?
Penting bagi anda memahami dana yang ditawarkan dan memilih dana yang benar-benar bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan kesanggupan anda menghadapi risiko. Misalnya, jika anda mahu pendapat yang konsisten, anda perlu melabur dalam dana yang menyediakan pulangan dividen konsisten.

4. Apa yang berlaku kepada wang yang saya laburkan dalam dana berkenaan?
Di manakah wang itu akan dilaburkan? Pelabur perlu mengetahui dalam produk pelaburan yang manakah dana itu akan melabur, kerana ini mempunyai implikasi langsung ke atas tahap toleransi risiko pelabur. Jika dana itu melabur dalam produk pelaburan berisiko tinggi, dana unit amanah itu sendiri akan menjadi pelaburan berisiko tinggi.

5. Bagaimana hendak mengetahui bahawa dana yang saya laburkan itu berkeadaan baik? Bagaimana hendak membandingkannya dengan dana yang lain?
Anda juga boleh membandingkan dana anda dengan dana lain yang mempunyai kriteria yang sama. Contohnya, jika anda melabur dalam dana bon, bandingkan prestasinya dengan dana bon yang lain.

6. Bagaimana saya boleh membuat keuntungan (modal dan dividen) daripada dana ini?
Jika anda melabur dalam unit amanah, pulangan anda mungkin dalam bentuk keuntungan modal atau dividen. Pastikan ejen anda memberikan penerangan mengenai perkara ini dan baca prospektus.

7. Adakah saya perlu membayar sebarang bayaran atau caj?
Setiap pelaburan mempunyai kos dan melabur dalam dana unit amanah tidak terkecuali. Ejen anda mesti menjelaskan semua ini kepada anda

8. Jika saya mengubah fikiran selepas melabur dalam sesuatu dana, bolehkah saya menjualkannya semula kepada syarikat itu dan mendapat bayaran balik sepenuhnya?
Pelabur unit amanah berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya jika dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelaburan dalam dana terbabit dalam masa “tempoh bertenang”.

9. Jika saya mahukan wang semula dengan segera, mudahkah saya menjual semula dana tersebut? Berapa lama saya mesti menunggu sebelum saya boleh mendapatkan semula wang pelaburan saya?
Unit amanah ialah pelaburan yang mudah dijual beli. Anda boleh berjumpa dengan ejen dan menyerahkan notis penebusan untuk menebus kembali unit anda dan mendapatkan wang anda.

10. Adakah saya akan mendapat apa-apa penyata berkaitan status pelaburan saya daripada syarikat pengurusan?
Proses pemantauan anda akan menjadi lebih mudah jika anda menerima penyata daripada syarikat pengurusan berkaitan status pelaburan anda.

11. Di mana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai dana tersebut?
Kebanyakan maklumat mengenai sesuatu dana unit amanah terdapat di dalam prospektus dan laporan tahunan.

Kredit kepada Majalah Labur: Artikel telah ditulis seperti pautan berikut: Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan? – Majalah Labur

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Social Media

Most Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
On Trend

Most Popular Stories

Leadership dalam Bisnes?

Seperti yang kita tahu, leaders atau pemimpin adalah golongan terpenting dalam struktur sosial masyarakat kita…Tanpa pemimpin, urusan2 dalam kerajaan atau syarikat akan menjadi tidak terurus…Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apakah makna pemimpin itu sendiri?..Kebiasaannya, orang-orang yang mempunyai jawatanlah yang kebanyakan orang akan anggap sebagai pemimpin. Betul. Tetapi, makna leadership itu sebenarnya luas. Leadership

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) merupakan satu skim caruman jangka panjang sukarela yang diwujudkan bagi membantu individu untuk mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan. Skim ini adalah skim yang melengkapi dan menyerupai skim caruman wajib KWSP. Dengan erti kata lain, kewujudan skim ini membolehkan individu untuk menyimpan lebih daripada apa yang ditawarkan oleh KWSP.

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana jenis pelaburan, pelabur yang bijak perlu menjalankan kaji selidik terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko kerugian. Unit amanah adalah antara instrumen pelaburan yang popular di Malaysia. Terdapat beratus- ratus dana yang ditawarkan oleh bank pelaburan tempatan tetapi mana satu yang sesuai dengan anda? Bagi membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada

Lima Rahsia Mengapa Millenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, namun jika tidak melabur, ia akan menjadi satu perkara yang merugikan. Salah satu bentuk pelaburan yang ada adalah dalam bentuk Unit Amanah (Unit Trust). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan millenial patut melabur dalam Unit Amanah. A. Tidak Perlu Jadi Pakar Anda tidak perlu menjadi pakar

Scroll to Top