Usahasama Worldwide

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) merupakan satu skim caruman jangka panjang sukarela yang diwujudkan bagi membantu individu untuk mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan. Skim ini adalah skim yang melengkapi dan menyerupai skim caruman wajib KWSP. Dengan erti kata lain, kewujudan skim ini membolehkan individu untuk menyimpan lebih daripada apa yang ditawarkan oleh KWSP.

Dengan membuat simpanan PRS, para penyimpan dapat menikmati kelebihan-kelebihan seperti berikut:

(i) Pelepasan cukai tahunan sehingga RM3,000.00
(ii) Perlindungan Insuran/Takaful secara percuma
(iii) Wang yang disimpan di PRS dilindungi daripada pemiutang (seperti yang termaktub di dalam Seksyen 139ZA Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA))

Bagaimanakah Skim ini Berfungsi?
Skim PRS ini telah menyediakan dua cara pilihan penyimpanan yang telah terbahagi kepada (a) Default Option atau (b) Non-Default Option

(a) Default Option
Caruman yang dibuat oleh para penyimpan yang memilih pilihan ini akan diperuntukkan secara automatik ke dalam dana teras yang sepadan dengan kumpulan umur seperti yang akan dinyatakan di dalam bentuk table berikutnya.

(b) Non-default Option
Caruman yang dibuat oleh para penyimpan melalui cara ini pula, para penyimpan boleh memilih satu atau lebih dana secara aktif daripada dana teras atau bukan dana teras tanpa mengambil kira had umur anda.

Caruman yang dibuat oleh para penyimpan di dalam PRS akan dikekalkan ke dalam dua sub-akaun berasingan yang telah dibahagi seperti berikut:

(i) Sub Akaun A (70%)
Hanya boleh dikeluarkan sekiranya umur para penyimpan telah menghampiri atau akan berpencen1, kematian dan meninggalkan Malaysia secara tetap.

(ii) Sub Akaun B (30%)
Hanya boleh dikeluarkan oleh para penyimpan sebanyak satu kali setahun2.

Nota:
1Anda layak untuk membuat pengeluaran secara penuh apabila umur telah mencapai 55 tahun. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia boleh menentukan semula ketetapan umur bagi perkara berkaitan dari semasa ke semasa.
2Tertakluk kepada terma dan syarat.

Lantik Public Mutual untuk membantu anda mengoptimumkan simpanan persaraan anda melalui skim PRS yang ditawarkan. Sebagai salah satu syarikat yang telah diberikan kebenaran membekal kemudahan PRS, terdapat sembilan (9) dana PRS disediakan untuk memenuhi keperluan anda.

Dana Teras

Dana Bukan Teras

Untuk makluman lanjut berkenaan Skim Persaraan Swasta oleh Public Mutual, sila layari pautan seperti berikut: Private Retirement Scheme (publicmutual.com.my)

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Leadership dalam Bisnes?

Seperti yang kita tahu, leaders atau pemimpin adalah golongan terpenting dalam struktur sosial masyarakat kita…Tanpa pemimpin, urusan2 dalam kerajaan atau syarikat akan menjadi tidak terurus…Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apakah makna pemimpin itu sendiri?..Kebiasaannya, orang-orang yang mempunyai jawatanlah yang kebanyakan orang akan anggap sebagai pemimpin. Betul. Tetapi, makna leadership itu sebenarnya luas. Leadership

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme) merupakan satu skim caruman jangka panjang sukarela yang diwujudkan bagi membantu individu untuk mengumpul lebih banyak simpanan untuk persaraan. Skim ini adalah skim yang melengkapi dan menyerupai skim caruman wajib KWSP. Dengan erti kata lain, kewujudan skim ini membolehkan individu untuk menyimpan lebih daripada apa yang ditawarkan oleh KWSP.

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan

Sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana jenis pelaburan, pelabur yang bijak perlu menjalankan kaji selidik terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko kerugian. Unit amanah adalah antara instrumen pelaburan yang popular di Malaysia. Terdapat beratus- ratus dana yang ditawarkan oleh bank pelaburan tempatan tetapi mana satu yang sesuai dengan anda? Bagi membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada

Lima Rahsia Mengapa Millenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, namun jika tidak melabur, ia akan menjadi satu perkara yang merugikan. Salah satu bentuk pelaburan yang ada adalah dalam bentuk Unit Amanah (Unit Trust). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan millenial patut melabur dalam Unit Amanah. A. Tidak Perlu Jadi Pakar Anda tidak perlu menjadi pakar

Scroll to Top