Usahasama Worldwide

Usaha Sama
Worldwide
Memacu
Kegemilangan

BERSAMA
MENCIPTA
KEJAYAAN

Usahasama Worldwide merupakan salah satu agensi pelaburan Unit Amanah yang bernaung di bawah Public Mutual Berhad yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

Diasaskan oleh Sanusi Alim, seorang konsultan bertauliah Public Mutual Berhad dan berbekalkan pengalaman lebih 12 tahun di dalam Pelaburan Unit Amanah ketika bersama CIMB Bank Berhad dan Principal Asset Management Berhad, beliau telah membantu lebih 500 pelanggan untuk mempunyai pelan pelaburan, perlindungan aset dan liabiliti.   

Beroperasi sepenuhnya di Damansara Perdana, agensi ini telah melalui pelbagai rintangan dan kejayaan dalam merealisasikan objektif dalam menjadi agensi pelaburan Unit Amanah terbaik dan pilihan utama buat prospek pelanggan dan juga konsultan bertauliah yang lain.  Di  agensi Usahasama Worldwide, kami mengalu-alukan kedatangan bakat-bakat baru yang ingin berkecimpung di dalam dunia pelaburan Unit Amanah dan membina kerjaya sebagai seorang Konsultan Pelaburan Unit Amanah yang berjaya. Mari bersama-sama kami menggapai impian di samping dapat membantu dan memberi nilai tambah kepada segenap pelusuk masyarakat di Malaysia. 

Pelaburan Unit Amanah ini bukan sekadar perniagaan tetapi suatu perjalanan hidup yang bermakna. Perjalanan hidup yang telah membantu ramai orang menggapai impian mereka sekaligus telah memacu Usahasama Worldwide kepada kejayaan hari ini. Oleh yang demikian, Usahasama Worldwide dengan rendah diri mengajak bakal – bakal konsultan baharu untuk bersama-sama dengan Usahasama Worldwide menggapai impian di samping menjadi nilai tambah positif kepada hidup rakyat Malaysia yang lain. 

JOM SERTAI USW | KONSULTAN UNIT AMANAH | PART TIME | FULL TIME

Scroll to Top